Related Posts with Thumbnails

Tuesday, March 30, 2010

Stimbot Kuang


Salam,
Ana baru pulang dari makan stimbot dkt kuang. Walaupon tak berapa best sbb tak banyak plihan, tapi Alhamdulillah kenyang perut ana. Lagipun murah je RM 18/seorang. Ok la... Ana masih mencari2 kedai makan melayu yang jual itik panggang yang halal... ada sesiapa tahu x? Kalau ada email ana lokasinya ya... Terima kasih

*Ana mengidam itik panggang sebenarnya. huhu
*Tu bukan gambar sebenar stimbot dekat kuang

Monday, March 29, 2010

Cuti 2 hari


Salam,
Ana baru sahaja pulang dari kampung mlm semalam... lega ana bila dapat jumpa keluarga walaupun 2 hari je. Hmm, minggu ni memang sibuk untuk ana. harap dapat siapkan semua kerja sebelum tarikh akhir. Selamat hari lahir untuk 2 kawan sekelas ana, minah dan maizan...

*kawan2 ana dekat kampung kata badan ana da susut ckit... macam x caya je? huhu
*gambar muka penat... haha

Wednesday, March 24, 2010

Kucing


Salam,
Siapa suka kucing? ada yang kata geli dengan kucing sebab suka kacau kita makan. Tapi ana mmg suka kucing dan kucing yang keluarga ana sayang baru je mati diserang anjing 2 bulan lepas. Hari ini ana bukan nk cerita pasal kucing, tapi gambar kucing. Ana rasa ana sudah minat dengan tone editing. Ana buat beberapa tone yang anda boleh nilai nanti untuk 'beginner' macam ana. Harap sesiapa yang mahir fotografi boleh comment ye...

Terima kasih en.Bangla atas gambar kucing anta.

Monday, March 22, 2010

Apa itu Occupational Therapy ?


Salam,
Sebelum ni ramai yang tya ana tentang bidang yang ana ceburi sekarang. Bila ana sebut ana Occupational therapist, ramai yang tertanya2 dan minta ana huraikan tentang OT. Hari ini ana nak terangkn sikit tentang profession yg ana ceburi sekarang. Occupational Therapy ataupun OT adalah satu profession dalam mengembalikan kefungsian dalam kehidupan seseorang pesakit dan keberdikarian pesakit menggunakan aktiviti sebagai media rawatannya. Untuk merawat pesakit, OT akan menilai 3 perkara asas iaitu:
  • Activities of Daily Living (ADL) iaitu aktiviti dalam kehidupan seharian seperti makan, minum dan lain-lain
  • Work iatu perkerjaan yang dilakukan seseorang untuk menampung hidup .
  • Leisure and Play iaitu aktiviti masa lapang dan permainan
Setelah itu, OT akan menilai keadaan fizikal dan minda pesakit sebelum menganalisis matlamat rawatan dan jenis rawatan yang sesuai. Rawatan yang diberikan oleh OT adalah berdasarkan aktiviti atau pekerjaan dan menumpukan kepada matlamat mengembalikan keberdikarian pesakit . Pesakit yang selalu menerima rawatan OT adalah seperti pesakit Stroke, Patah, Hilang anggota, Lumpuh, Autism, Down syndrome , ADHD, Schizo, Stress dan Panic Disorder. Sesiapa yang ingin huraian lebih lanjut boleh add Yahoo Messenger - kamakuze_89@yahoo.com.my atau Click SINI untuk ke lama web OT Malaysia
Syukran...

Sunday, March 21, 2010

Mak, Ayah... minggu depan abang balik kampung





Salam


Dalam minggu ni da 2 kali mak dengan ayah ana tanya bila nak blik kampung. Sedihnya rasa... bukan tak nak balik, tapi komitmen dekat sini membuatkan ana x dapat balik... Masa kerja Variemed dulu, 2 minggu sekali balik kampung, kadang2 seminggu sekali. Sekarang ni sebulan sekali je... Korang semua mcm mana? rindu x dekat mak dan ayah...?

Minggu dpan kena balik jugak... huhu...

Friday, March 19, 2010

Kesibukan Melanda



Salam,


Banyak betul benda nak disiapkan sebelum berakhir bulan Mac ni. Research proposal pun tak tau lagi, . Kan best kalau xde tugasan, boleh bersenang-lenang sambil bersukaria. Dengan bisnes lagi... (padan muka ana) . Siapa terer buat relaxation therapy... ? blh tlg buat dkt ana?


*Lepas final ana nak pergi bercuti kat pulau perhentian la - Lepaskan tension di dada.

Thursday, March 18, 2010

Bermain Dengan Tone



Salam.

Petang tadi ana tergerak nak buat photo editing... cari2 gambo, jumpa la satu gambo lama masa ana memancing dekat kuala kedah.
Ana try la guna tone editing, ( inspirasi dari chot touch.. huhu) jadi la jugak walaupun x seberapa. siapa yang mahir fotografi comment la...

(Click gamba untuk lebih jelas)

Mula Berblog


Salam semua,

Sebelum ni tgk kawan2 buat blog rasa malas nak ambik peduli... tapi lama2 rasa macam menarik pulak buat blog ni walaupon rasa x byk bnda nak letak dalam blog ni... Mungkin boleh letak apa ana buat hari2 kot.


Sebelum ni ana ad wat website malaysianhealth.net tapi terpaksa di berhentikan sebulan kerana webhosting buat perangai plak. Pada sesiapa yang nak buat website, jgn buat kat Rawanaz sebab mmg bermasalah... ana pun tgh berkira2 nak pindah hosting ( nga cari yg laju dan murah.. haha) . InsyaAllah tengah bulan depan malaysianhealth.net akan kembali + dengan wajah baru...

Untuk pengetahuan , malaysianhealth.net adalah dibawah MHN resource . Company yang menjalankan perniagaan menjual dan membekal alatan terapi ( Occupational Therapy , Physiotherapy dan Speech Therapy) . Dan juga menyedia perkhidmatan Home Therapy. Nanti da re-launch boleh la tgk2 ap yang ada kat situ...

Tentang ana? Muslim, lelaki, Occupational Therapist, Ceria dan Bujang ... huhu