Related Posts with Thumbnails

Friday, December 17, 2010

Menjala


Salam,
Setelah 3 tahun x menjala, ana pergi menjala semula di sungai. Biasanya bila tebar jala, dia akan jadi huruf O. Tapi sebab dah lama x menjala, mcm2 huruf jadi seprti huruf C, U, D... haha. Malu gak ana dengan org yang tengok ana menjala. Ana nak cuba praktis semula teknik manjala selepas ni... mana tau boleh dapat bnyak ikan.. haha

*tu bukan gmbr ana... huhu
*lenguh dan sakit bahu bila menjala... da lama sgt jd org bandar. huhu

Wednesday, December 15, 2010

TENS Unit for sale ( Malaysia)


Salam..
Ana ada TENS Unit untuk dijual...

TENS unit for sale. RM 250/unit.. negotiable
Package includes
- 4 electrode
- 9V battery
- Carrying case
- Electrode placement chart
- Free delivery (Peninsular Malaysia Only)
Contact- 019-6787285 untuk nego

Stok Terhad!!!

Tuesday, August 24, 2010

Memancing di port klang


Salam.,
Hujung minggu lepas ana turun memancing dekat jeti pulau ketam dengan kawan2 ana. Air laut nampak ok tapi mungkin rezki kurang malam tu jadi hasilnya x berapa berbaloi. Tapi dapat la lepas gian menarik ikan gelama kecik ngan ikan gerut2. Ikan2 tu selamat digoreng dan dimakan. Sedap jugak rasa ikan tu. Walaupun ada hasil yang x digemari macam dapat ikan buntal yang buat ana buang mata kail kesayangan ana, tapi puas hati jugak.

*minggu depan air ok jugak., macam nak pergi lagi je rasa...
*komeng jadi juara kategori haji sirat... hahaha

Monday, August 16, 2010

lagu yang sedang di dengar


Salam,
Bila bosan selalunya kita dengar muzik. Masing2 ada jenis muzik yang diminati. Hari ni ana nak kongsi muzik yang ana tengah dengar. Pernah dengar monoloque x? atau loque butterfingers. Ana antara beribu peminat monoloque ni. Muzik dia fresh dan lebih pada idea baru yang di campur dengan unsur muzik tradisi. Lagu monoloque yang ana tengah layan sekarang lagu Ilusi - monoloque ft Asmidar. Lagu ni b/ground drama ilusi...



*Lagu ni mcm horror ckit...
*Lagu monoloque yg laen pon best...

Sunday, August 8, 2010

En Yus nak buat blog baru


Salam,
Dizaman IT ni, penggunaan komputer adalah menjadi amat penting. dari golongan pelajar sehingga professional, komputer menjadi medium utama. Tapi, dalam kita manggunakan komputer, pelbagai masalah akan timbul seperti virus, kerosakan perlatan dan macam2 lagi. Jadi, banyak antara kita ni yang terpaksa mengeluarkan duit yang bnyak untuk memperbaiki dan menaik taraf komputer.

Jadi En. Yus dah buat blog baru yang mengandungi informasi tentang komputer , masalah komputer dan tip2 penting menggunaan komputer. Anda boleh lihat blog ini di http://blogkomputeryus.blogspot.com/ . Ana akan letak chatbox dan email untuk nak tanya tentang masalah komputer.

*adsense ana da 42USD.... hehe
*Ana minggu ni da format dan repair 5 laptop...

Friday, August 6, 2010

Kebosanan...


Salam...
Pagi ni ana rasa bosan sangat. Walaupun ada plan, tapi semuanya di belah malam. Jadi sementara nak tunggu tu, duk kebosanan la ana dekat rumah. Tengok tv, internet, tu je lah yg boleh dibuat di rumah...

*Kalau korang, macam mana nak hilagkan bosan.
*Makin lama duk rumah terasa makin gemuk lak..

Wednesday, August 4, 2010

Now and again



Salam.
Kali ni ana nak kongsi lirik lagu Now and again. Lagu ni memang best dan ada kaitan dengan apa yang ana telah lalui. Mungkin yang kenal ana tau maksud nya... hehe . Lagu ni dinyanyikan oleh The ACAB dan dicipta oleh megat hafiz.

Looking back all these years
How i suffered all the pain & tears
I got a burning desire
To make a change like i never had
I feel it's getting out of control
If i can live in peace then i surely will
No i don't wanna be a denial
Too much regrets i can no longer tell
Has turned my life into such a living hell

Looking back all those times
To all my sins & to all my crimes
Nothing will ever be justified
Being young & blind won't give me the right
To all my loyalty's are unquestionable
I've dedicated all my life & soul
But when it all went wrong & the odds were down
No one dared to be around
Weren't there to catch me when i fell

( Chorus: )
So why should I.. care?
Why should I... care
to whatever they'll say?
They've never cared anyway
So why should I.. care?
Why should I... care?
I will do it my way
I'll do it now & again & again...

Looking back all these years
How i suffered all the pain & tears
But when it all went wrong & the odds were down
No one dared to be around
Weren't there to catch me when i fell

So why should I.. care?
Why should I... care
to whatever they'll say?
They've never cared anyway
So why should I.. care?
Why should I... care?
I will do it my way
I'll do it now & again

So why should I.. care?
Why should I... care
to whatever they'll say?
They've never cared anyway
So why should I.. care?
Why should I... care?
I will do it my way
I'll do it now & again & again...


*Ana memang minat dengan megat ... hehe
*Lagu ni memang cool, masa mula2 dengar ana ulang sampai berpuluh kali...

Saturday, July 31, 2010

Hujan oh hujan


Salam..
Sekarang bila petang je hujan... kadang-kadang sampai lewat malam. banyak aktiviti yang ana plan tergendala sebab hujan terutama aktiviti memancing ( dah lama tak naik kan ikan besar ) hehe.. Tapi bila dipkirkan balik, hujan ni adalah rahmat dari Allah. Yelah, cuba malaysia tak hujan 3 bulan, kering kontang negara kita. Ana pegang kata-kata yang ayah ana berikan dulu iaitu paling penting kita kena bersyukur apa sahaja yang berlaku. Tak kira hujan, panas dan mendung, semuanya ada hikmah masing2 tetapi selalunya manusia tak bersyukur atas apa yang berlaku. Bila waktu panas, kita mengharapkan hujan . Bila hujan kita mengharapkan panas. Jadi mana satu yang kita nak.? Kesimpulanya, bersyukur lah... Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanya.

*Ana nak pergi memancing jugak walaupun hujan... hehe
*Tadi basuh baju tak tau kering ke tak..




Wednesday, July 28, 2010

fuhh.. lama x kemaskini blog ni


Salam semua
dah lama tak update blog kecil ni... banyak perkara yang perlu dibuat. Kali ni ana nak share satu bnda yang bagus untuk laptop/PC anda. Pernah dgr tak Piriform CCleaner? kalau x, ia adalah satu software dimana anda boleh buang semua file yg tak diguna pakai dalam komputer anda dan memulihkan registry(komputer punya file utama) yang rosak. anda boleh download secara percuma dan install pada komputer anda. Ianya 100% selamat. dan berkesan...

Ini link untuk download CCleaner
http://www.piriform.com/ccleaner/download/standard

Selamat mencuba....

*Ana pakai software ni dari tahun 2006
*Baru beli pancing baru hehe....

Monday, June 14, 2010

Merisik, Tunang dan Kahwin


Salam,
Minggu cuti sekolah ataupun minggu kahwin da berlalu. Ramai btul yg melansungkan majlis perkahwinan, pertunangan dan seangktan denganya. Tak ketinggalan sepupu ana yang baru bertunang hari sabtu yang lepas. Meriah la jugak majlisnya, ramai juga saudara mara yang datang.

Disebalik kemeriahan minggu kahwin , Ana kadang2 terfikir, kenapa orang melayu suka melangsungkan walimatul urus secara berlebihan? bnyak pembaziran yg dilakukan tanpa disedari. Lebih elok pembaziran pada hiasan yg berlebihan tu disumbangkan pada anak yatim atau insan yg lebih memerlukan. Dalam mendirikan masjid iaini rumah tangga, janganlah kta leka sehingga masjid yg hendak dibina roboh. Ada diantara majlis walimatul urus yg menyediakan 'joget lambak' , kuda kepang dan perkara2 yang bertentangan dgan ajaran islam. Pada pendapat ana, perkara yang baik adalah lebih baik jika dijauhkan perkara mungkar. jadi lebih baik jika walimatul urus dijalankan dengan bersederhana dan lebihkan bersedekah pada yang kurang mampu.

*Sepupu ana yang baru bertunang
*Ada yang tanya: Awk bila lagi nk tunang yus? hehe

Thursday, June 3, 2010

Bulan mei yang pancaroba dah berlalu...


Salam semua,
Diam-diam dah masuk bulan jun rupanya, Ana baru perasan yang ana tak kemaskini blog bulan mei yang lepas. mungkin ana sibuk sangat dan macam2 perkara yang ana perlu uruskan.

Baru2 ni kita dikejutkan dengan serangan israel terhadap kapal pengangkut yang membawa para NGO dan sukarelawan untuk memberi bantuan ke palestin. Ana pun rasa amat sedih dengan serangan oleh israel dan bersimpati kepada mereka yang tekorban. Dan macam2 perhimpunan, memorandum yang dibuat untuk membantah tindakan itu. Bagi ana, perhimpunan dan memorandum yang dibuat tak memberi kesan terhadap keegoan israel... yelah, kita sibuk melaungkan bantahan tapi apa yang kita gunakan dalam seharian adalah dari produk israel. Israel kuat kerana kepandaian mereka, kebijaksanaan mereka mengawal amerika dan britain. Israel atau lebih tepat yahudi adalah bangsa yang amat rajin, bijak dan tak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu. jadi tidak hairan lah yahudi mampu mengawal perjalanan ekonomi dunia dan mencipta teknologi baru disamping menindas palestin untuk merampas baitulmaqdis bagi mendirikan Haykal Sulaiman semula. Dengan keegoan yang tinggi, bangsa yahudi sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan agenda merampas Baitulmaqdis walaupun memakan masa puluhan atau ratusan tahun.

Untuk membantu saudara kita di Palestin, carilah produk yang bukan berasal dari israel atau syarikat yang ditaja israel. Carilah alternatif produk tempatan atau produk dari syarikat bukan proksi israel. Sedekahkan Al-Fatihah untuk saudara islam yang terkorban dalam serangan israel. Berdoalah untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia.

**Gambar diatas adalah produk dari syarikat proksi israel dan menyokong israel. Sila boikot jenama tersebut dan cari alternatif lain.

*Ana baru pulih dari demam. hehe

Monday, April 26, 2010

Memancing


Salam,
Hujung mnggu lepas ana dapat juga pergi memancing dengan kawan2 ana. dah lama x pergi memancing... dapat jugak lepas rindu tarik ikan. Hobi memancing ana memang sejak dari sekolah menengah lagi dan mungkin hobi yang ana warisi dari ayah ana, huhu

Gambar di atas tu adalah gambar 'reel' yang ana gunakan sekarang dan 'reel' yang ana bakal guna tahun hadapan. hehe. Bila dikira, banyak modal yang digunakan untuk memancing ni. tapi yang penting kepuasan dari memancing tu.

*Harga 'reel' akan datang tu 2k lebih... (kena menyimpan lebih ni)
*Ana nak g memancing dekat pulau senangin bulan depan... huhu

Monday, April 19, 2010

Walau ketinggalan , Ku cuba juga berubah...


Salam,
Baru-baru ni ada kawan ana upload gambar masa sekolah2 dulu dekat facebook ... hmm, memang best bila ingat masa sekolah dulu. X ada stress, banyak main2 masa belajar, kena sebat ngan cikgu sebab buat salah... Tapi tu semua pengajaran yang membentuk ana sekarang. Masa sekolah dulu ana seorng pelajar yang agak nakal sebenarnya. Result SPM pun cukup2 makan je... nasib baik dapat masuk UiTM. Tapi seperti tajuk post ana kali ini "walau ketinggalan, ku cuba berubah" walaupun ana dapat result teruk masa sekolah dulu, ana ubah diri bila diberi peluang kedua di UiTM. Dan ana masih berusaha sekarang untuk memajukan diri ana walaupun menghadapi macam2 dugaan terutama sifat mazmumah dalam diri ana sendiri... InsyaAllah

*Gambar masa form 3 (cuba cari ana)
*Ramai kawan2 kelas ana yang da berjaya. (ni kelas no 1 ..huhu)

Wednesday, April 14, 2010

malaysianhealth.net


Salam,
Dalam post sebelum ni ana ada sebut tentang website malaysianhealth.net iaitu website rasmi MHN Resources iaitu syarikat perundingan pemulihan dan pembekal peralatan pemulihan. Website ni tergendala selama sebulan kerana masalah hosting yang tak dapat dielakkan. Namun, ana dah memperbaiki semua masalah dan malaysianhealth.net sudah dapat beroperasi sejak semalam. Terima kasih kepada exactbytes kerana memigrasi database ana. Kepada rakan2 sila la lawati malaysianhealth.net dan boleh tengok servis dan produk yang kami ada. InsyaAllah ana akan update produk setiap minggu dan mungkin akan buat online catalog dan online purchase akan datang.

*blog ini juga boleh dilawati dialamat blog.malaysianhealth.net
*Gambar screenshot website malaysianhealth.net

Friday, April 9, 2010

Silat


Salam,
Bila sebut pasal silat, ramai diantara orang melayu yang memperlekehkan. Yelah, kata mereka sekarang ada pistol, orang da tak pakai silat lagi. Persoalanya, kita ada pistol ke untuk pertahankan diri kita waktu dalam ancaman.?
Bagi ana, mempelajari silat atau apa2 seni bela diri penting untuk keselamatan kita. Namun, sebagai orang melayu , seeloknya kita pelajari silat yg diwarisi bangsa kita sendiri. Belajar silat adalah mudah sebenarnya, tetapi nak jadi seorang pesilat bukan mudah. Kerana seorang pesilat adalah seorang yang mempuyai kesabaran yang tinggi dan tidak mudah marah.
Sebenarnya Silat bukan untuk menyerang, tapi untuk mempertahankan diri diwaktu kesusahan dan seharusnya kita tidak riak dengan ilmu silat yg kita ada.
Jadi sesiapa yang berminat hendak belajar silat, teruskan niat anda. Yang dah belajar silat, tunjukkan tauladan yang baik pada semua.

*Ana da gemuk, x tau la boleh melompat macam dulu lagi.... huhuhu
*Gambar ana dengan kawan ana dulu..

Monday, April 5, 2010

Ibu-Bapa dan Kanak-Kanak Istimewa



Salam,
Apa perasaan anda bila ada anak2 yang kurang upaya @ istimewa, ataupun ada adik yang istimewa? Kebanyakan kita mesti rasa sedih bila ditkdirkan ada anak yang istimewa lebih2 lagi bila lihat anak orng lain sihat, ceria. Selama pengalaman ana dalam pemulihan kanak2 memang ramai ibu bapa yang ada anak istimewa yang tidak peduli tentang pendidikan dan pemulihan kanak2 istimewa. Sebenarnya ramai yang tidak menyedari menjaga, memelihara kanak2 istimewa ni satu ibadah besar. Kanak2 istimewa adlah antara ahli syurga, jadi menjaga dan mendidik ahli syurga adalah ibadah yang besar pahalanya. Jadi ingatlah para ibu-bapa yang mempunyai kanak2 istimewa dalam keluarga mereka. Jagalah, berikanlah rawatan yang sesuai untuk mereka, minta nasihat dari cikgu, ahli terapi (occupational therapist, speech therapist dll,) berikan mereka kasih sayang yg sama seperti anak2 yang lain kerana mereka juga ada masa depan yang perlu dibentuk.

*ana sedih bila tahu ada ibubapa kaya yang sembunyikan anak istimewa mereka dalam bilik sepanjang hidupnya sebab malu.

*Gambar diatas ialah pesakit down syndrome.

Tuesday, March 30, 2010

Stimbot Kuang


Salam,
Ana baru pulang dari makan stimbot dkt kuang. Walaupon tak berapa best sbb tak banyak plihan, tapi Alhamdulillah kenyang perut ana. Lagipun murah je RM 18/seorang. Ok la... Ana masih mencari2 kedai makan melayu yang jual itik panggang yang halal... ada sesiapa tahu x? Kalau ada email ana lokasinya ya... Terima kasih

*Ana mengidam itik panggang sebenarnya. huhu
*Tu bukan gambar sebenar stimbot dekat kuang

Monday, March 29, 2010

Cuti 2 hari


Salam,
Ana baru sahaja pulang dari kampung mlm semalam... lega ana bila dapat jumpa keluarga walaupun 2 hari je. Hmm, minggu ni memang sibuk untuk ana. harap dapat siapkan semua kerja sebelum tarikh akhir. Selamat hari lahir untuk 2 kawan sekelas ana, minah dan maizan...

*kawan2 ana dekat kampung kata badan ana da susut ckit... macam x caya je? huhu
*gambar muka penat... haha

Wednesday, March 24, 2010

Kucing


Salam,
Siapa suka kucing? ada yang kata geli dengan kucing sebab suka kacau kita makan. Tapi ana mmg suka kucing dan kucing yang keluarga ana sayang baru je mati diserang anjing 2 bulan lepas. Hari ini ana bukan nk cerita pasal kucing, tapi gambar kucing. Ana rasa ana sudah minat dengan tone editing. Ana buat beberapa tone yang anda boleh nilai nanti untuk 'beginner' macam ana. Harap sesiapa yang mahir fotografi boleh comment ye...

Terima kasih en.Bangla atas gambar kucing anta.

Monday, March 22, 2010

Apa itu Occupational Therapy ?


Salam,
Sebelum ni ramai yang tya ana tentang bidang yang ana ceburi sekarang. Bila ana sebut ana Occupational therapist, ramai yang tertanya2 dan minta ana huraikan tentang OT. Hari ini ana nak terangkn sikit tentang profession yg ana ceburi sekarang. Occupational Therapy ataupun OT adalah satu profession dalam mengembalikan kefungsian dalam kehidupan seseorang pesakit dan keberdikarian pesakit menggunakan aktiviti sebagai media rawatannya. Untuk merawat pesakit, OT akan menilai 3 perkara asas iaitu:
  • Activities of Daily Living (ADL) iaitu aktiviti dalam kehidupan seharian seperti makan, minum dan lain-lain
  • Work iatu perkerjaan yang dilakukan seseorang untuk menampung hidup .
  • Leisure and Play iaitu aktiviti masa lapang dan permainan
Setelah itu, OT akan menilai keadaan fizikal dan minda pesakit sebelum menganalisis matlamat rawatan dan jenis rawatan yang sesuai. Rawatan yang diberikan oleh OT adalah berdasarkan aktiviti atau pekerjaan dan menumpukan kepada matlamat mengembalikan keberdikarian pesakit . Pesakit yang selalu menerima rawatan OT adalah seperti pesakit Stroke, Patah, Hilang anggota, Lumpuh, Autism, Down syndrome , ADHD, Schizo, Stress dan Panic Disorder. Sesiapa yang ingin huraian lebih lanjut boleh add Yahoo Messenger - kamakuze_89@yahoo.com.my atau Click SINI untuk ke lama web OT Malaysia
Syukran...

Sunday, March 21, 2010

Mak, Ayah... minggu depan abang balik kampung





Salam


Dalam minggu ni da 2 kali mak dengan ayah ana tanya bila nak blik kampung. Sedihnya rasa... bukan tak nak balik, tapi komitmen dekat sini membuatkan ana x dapat balik... Masa kerja Variemed dulu, 2 minggu sekali balik kampung, kadang2 seminggu sekali. Sekarang ni sebulan sekali je... Korang semua mcm mana? rindu x dekat mak dan ayah...?

Minggu dpan kena balik jugak... huhu...

Friday, March 19, 2010

Kesibukan Melanda



Salam,


Banyak betul benda nak disiapkan sebelum berakhir bulan Mac ni. Research proposal pun tak tau lagi, . Kan best kalau xde tugasan, boleh bersenang-lenang sambil bersukaria. Dengan bisnes lagi... (padan muka ana) . Siapa terer buat relaxation therapy... ? blh tlg buat dkt ana?


*Lepas final ana nak pergi bercuti kat pulau perhentian la - Lepaskan tension di dada.

Thursday, March 18, 2010

Bermain Dengan Tone



Salam.

Petang tadi ana tergerak nak buat photo editing... cari2 gambo, jumpa la satu gambo lama masa ana memancing dekat kuala kedah.
Ana try la guna tone editing, ( inspirasi dari chot touch.. huhu) jadi la jugak walaupun x seberapa. siapa yang mahir fotografi comment la...

(Click gamba untuk lebih jelas)

Mula Berblog


Salam semua,

Sebelum ni tgk kawan2 buat blog rasa malas nak ambik peduli... tapi lama2 rasa macam menarik pulak buat blog ni walaupon rasa x byk bnda nak letak dalam blog ni... Mungkin boleh letak apa ana buat hari2 kot.


Sebelum ni ana ad wat website malaysianhealth.net tapi terpaksa di berhentikan sebulan kerana webhosting buat perangai plak. Pada sesiapa yang nak buat website, jgn buat kat Rawanaz sebab mmg bermasalah... ana pun tgh berkira2 nak pindah hosting ( nga cari yg laju dan murah.. haha) . InsyaAllah tengah bulan depan malaysianhealth.net akan kembali + dengan wajah baru...

Untuk pengetahuan , malaysianhealth.net adalah dibawah MHN resource . Company yang menjalankan perniagaan menjual dan membekal alatan terapi ( Occupational Therapy , Physiotherapy dan Speech Therapy) . Dan juga menyedia perkhidmatan Home Therapy. Nanti da re-launch boleh la tgk2 ap yang ada kat situ...

Tentang ana? Muslim, lelaki, Occupational Therapist, Ceria dan Bujang ... huhu