Apa perasaan anda bila ada anak2 yang kurang upaya @ istimewa, ataupun ada adik yang istimewa? Kebanyakan kita mesti rasa sedih bila ditkdirkan ada anak yang istimewa lebih2 lagi bila lihat anak orng lain sihat, ceria. Selama pengalaman ana dalam pemulihan kanak2 memang ramai ibu bapa yang ada anak istimewa yang tidak peduli tentang pendidikan dan pemulihan kanak2 istimewa. Sebenarnya ramai yang tidak menyedari menjaga, memelihara kanak2 istimewa ni satu ibadah besar. Kanak2 istimewa adlah antara ahli syurga, jadi menjaga dan mendidik ahli syurga adalah ibadah yang besar pahalanya. Jadi ingatlah para ibu-bapa yang mempunyai kanak2 istimewa dalam keluarga mereka. Jagalah, berikanlah rawatan yang sesuai untuk mereka, minta nasihat dari cikgu, ahli terapi (occupational therapist, speech therapist dll,) berikan mereka kasih sayang yg sama seperti anak2 yang lain kerana mereka juga ada masa depan yang perlu dibentuk.
*ana sedih bila tahu ada ibubapa kaya yang sembunyikan anak istimewa mereka dalam bilik sepanjang hidupnya sebab malu.
*Gambar diatas ialah pesakit down syndrome.


No comments:
Post a Comment