Related Posts with Thumbnails

Friday, April 9, 2010

Silat


Salam,
Bila sebut pasal silat, ramai diantara orang melayu yang memperlekehkan. Yelah, kata mereka sekarang ada pistol, orang da tak pakai silat lagi. Persoalanya, kita ada pistol ke untuk pertahankan diri kita waktu dalam ancaman.?
Bagi ana, mempelajari silat atau apa2 seni bela diri penting untuk keselamatan kita. Namun, sebagai orang melayu , seeloknya kita pelajari silat yg diwarisi bangsa kita sendiri. Belajar silat adalah mudah sebenarnya, tetapi nak jadi seorang pesilat bukan mudah. Kerana seorang pesilat adalah seorang yang mempuyai kesabaran yang tinggi dan tidak mudah marah.
Sebenarnya Silat bukan untuk menyerang, tapi untuk mempertahankan diri diwaktu kesusahan dan seharusnya kita tidak riak dengan ilmu silat yg kita ada.
Jadi sesiapa yang berminat hendak belajar silat, teruskan niat anda. Yang dah belajar silat, tunjukkan tauladan yang baik pada semua.

*Ana da gemuk, x tau la boleh melompat macam dulu lagi.... huhuhu
*Gambar ana dengan kawan ana dulu..

No comments:

Post a Comment