Related Posts with Thumbnails

Monday, April 26, 2010

Memancing


Salam,
Hujung mnggu lepas ana dapat juga pergi memancing dengan kawan2 ana. dah lama x pergi memancing... dapat jugak lepas rindu tarik ikan. Hobi memancing ana memang sejak dari sekolah menengah lagi dan mungkin hobi yang ana warisi dari ayah ana, huhu

Gambar di atas tu adalah gambar 'reel' yang ana gunakan sekarang dan 'reel' yang ana bakal guna tahun hadapan. hehe. Bila dikira, banyak modal yang digunakan untuk memancing ni. tapi yang penting kepuasan dari memancing tu.

*Harga 'reel' akan datang tu 2k lebih... (kena menyimpan lebih ni)
*Ana nak g memancing dekat pulau senangin bulan depan... huhu

Monday, April 19, 2010

Walau ketinggalan , Ku cuba juga berubah...


Salam,
Baru-baru ni ada kawan ana upload gambar masa sekolah2 dulu dekat facebook ... hmm, memang best bila ingat masa sekolah dulu. X ada stress, banyak main2 masa belajar, kena sebat ngan cikgu sebab buat salah... Tapi tu semua pengajaran yang membentuk ana sekarang. Masa sekolah dulu ana seorng pelajar yang agak nakal sebenarnya. Result SPM pun cukup2 makan je... nasib baik dapat masuk UiTM. Tapi seperti tajuk post ana kali ini "walau ketinggalan, ku cuba berubah" walaupun ana dapat result teruk masa sekolah dulu, ana ubah diri bila diberi peluang kedua di UiTM. Dan ana masih berusaha sekarang untuk memajukan diri ana walaupun menghadapi macam2 dugaan terutama sifat mazmumah dalam diri ana sendiri... InsyaAllah

*Gambar masa form 3 (cuba cari ana)
*Ramai kawan2 kelas ana yang da berjaya. (ni kelas no 1 ..huhu)

Wednesday, April 14, 2010

malaysianhealth.net


Salam,
Dalam post sebelum ni ana ada sebut tentang website malaysianhealth.net iaitu website rasmi MHN Resources iaitu syarikat perundingan pemulihan dan pembekal peralatan pemulihan. Website ni tergendala selama sebulan kerana masalah hosting yang tak dapat dielakkan. Namun, ana dah memperbaiki semua masalah dan malaysianhealth.net sudah dapat beroperasi sejak semalam. Terima kasih kepada exactbytes kerana memigrasi database ana. Kepada rakan2 sila la lawati malaysianhealth.net dan boleh tengok servis dan produk yang kami ada. InsyaAllah ana akan update produk setiap minggu dan mungkin akan buat online catalog dan online purchase akan datang.

*blog ini juga boleh dilawati dialamat blog.malaysianhealth.net
*Gambar screenshot website malaysianhealth.net

Friday, April 9, 2010

Silat


Salam,
Bila sebut pasal silat, ramai diantara orang melayu yang memperlekehkan. Yelah, kata mereka sekarang ada pistol, orang da tak pakai silat lagi. Persoalanya, kita ada pistol ke untuk pertahankan diri kita waktu dalam ancaman.?
Bagi ana, mempelajari silat atau apa2 seni bela diri penting untuk keselamatan kita. Namun, sebagai orang melayu , seeloknya kita pelajari silat yg diwarisi bangsa kita sendiri. Belajar silat adalah mudah sebenarnya, tetapi nak jadi seorang pesilat bukan mudah. Kerana seorang pesilat adalah seorang yang mempuyai kesabaran yang tinggi dan tidak mudah marah.
Sebenarnya Silat bukan untuk menyerang, tapi untuk mempertahankan diri diwaktu kesusahan dan seharusnya kita tidak riak dengan ilmu silat yg kita ada.
Jadi sesiapa yang berminat hendak belajar silat, teruskan niat anda. Yang dah belajar silat, tunjukkan tauladan yang baik pada semua.

*Ana da gemuk, x tau la boleh melompat macam dulu lagi.... huhuhu
*Gambar ana dengan kawan ana dulu..

Monday, April 5, 2010

Ibu-Bapa dan Kanak-Kanak Istimewa



Salam,
Apa perasaan anda bila ada anak2 yang kurang upaya @ istimewa, ataupun ada adik yang istimewa? Kebanyakan kita mesti rasa sedih bila ditkdirkan ada anak yang istimewa lebih2 lagi bila lihat anak orng lain sihat, ceria. Selama pengalaman ana dalam pemulihan kanak2 memang ramai ibu bapa yang ada anak istimewa yang tidak peduli tentang pendidikan dan pemulihan kanak2 istimewa. Sebenarnya ramai yang tidak menyedari menjaga, memelihara kanak2 istimewa ni satu ibadah besar. Kanak2 istimewa adlah antara ahli syurga, jadi menjaga dan mendidik ahli syurga adalah ibadah yang besar pahalanya. Jadi ingatlah para ibu-bapa yang mempunyai kanak2 istimewa dalam keluarga mereka. Jagalah, berikanlah rawatan yang sesuai untuk mereka, minta nasihat dari cikgu, ahli terapi (occupational therapist, speech therapist dll,) berikan mereka kasih sayang yg sama seperti anak2 yang lain kerana mereka juga ada masa depan yang perlu dibentuk.

*ana sedih bila tahu ada ibubapa kaya yang sembunyikan anak istimewa mereka dalam bilik sepanjang hidupnya sebab malu.

*Gambar diatas ialah pesakit down syndrome.