Salam semua,
Diam-diam dah masuk bulan jun rupanya, Ana baru perasan yang ana tak kemaskini blog bulan mei yang lepas. mungkin ana sibuk sangat dan macam2 perkara yang ana perlu uruskan.
Baru2 ni kita dikejutkan dengan serangan israel terhadap kapal pengangkut yang membawa para NGO dan sukarelawan untuk memberi bantuan ke palestin. Ana pun rasa amat sedih dengan serangan oleh israel dan bersimpati kepada mereka yang tekorban. Dan macam2 perhimpunan, memorandum yang dibuat untuk membantah tindakan itu. Bagi ana, perhimpunan dan memorandum yang dibuat tak memberi kesan terhadap keegoan israel... yelah, kita sibuk melaungkan bantahan tapi apa yang kita gunakan dalam seharian adalah dari produk israel. Israel kuat kerana kepandaian mereka, kebijaksanaan mereka mengawal amerika dan britain. Israel atau lebih tepat yahudi adalah bangsa yang amat rajin, bijak dan tak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu. jadi tidak hairan lah yahudi mampu mengawal perjalanan ekonomi dunia dan mencipta teknologi baru disamping menindas palestin untuk merampas baitulmaqdis bagi mendirikan Haykal Sulaiman semula. Dengan keegoan yang tinggi, bangsa yahudi sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan agenda merampas Baitulmaqdis walaupun memakan masa puluhan atau ratusan tahun.
Untuk membantu saudara kita di Palestin, carilah produk yang bukan berasal dari israel atau syarikat yang ditaja israel. Carilah alternatif produk tempatan atau produk dari syarikat bukan proksi israel. Sedekahkan Al-Fatihah untuk saudara islam yang terkorban dalam serangan israel. Berdoalah untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia.
**Gambar diatas adalah produk dari syarikat proksi israel dan menyokong israel. Sila boikot jenama tersebut dan cari alternatif lain.
*Ana baru pulih dari demam. hehe


No comments:
Post a Comment